Wednesday 17 April 2019

Carrot Muffins



Assalamuailaikum, hi..

Pagi tadi keluar cari barang dapo, skali ada offer lobak merah RM1/kg.. tapau je laa.. 
balik rumah mengigau nak masak apa.. sebahagian dah masak sup, ada lebih lagi ni..

think.. think. .think..
bila gugel nak buat kue.. semua xleh buat coz tak cukup bahan..
jadinya muffin ni mami try & error je laa..
seb baik menjadi.. ha3 !!

#cookingIsMyPassion
#tryAndError 
#dapoMamiSareema


bahan utama, lobak merah..
sagat dulu ye lobak tu..
 rupa sebelum masak..
ni pulak rupa selepas..
Carrot Muffins @ dapo Mami
Carrot Muffins @ dapo Mami
Carrot Muffins @ dapo Mami
Carrot Muffins @ dapo Mami

RESEPI CARROT MUFFINS


bahan bahannya :
2 cawan tepung gandum
3/4 sdb baking powder
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan minyak masak
2 sdb susu pekat manis
3 biji telur
1 1/2 batang lobak merah
secubit garam, 

cara membuatnya :
1) Ambil satu bekas, masukkan gula halus, minyak masak,susu pekat,
 garam dan telur, di pukul .

2) Ayak gandum dan baking powder, kemudian masukkan ke dalam
adunan tadi. Kaup balikkan.

3) Masukkan lobak merah yang telah di sagat terlebih dahulu, gaul rata. 
Selepas tu bolehlah dimasukkan ke dalam loyang, 
bahagian atas taburkan lebihan lobak merah.
4) panaskan oven 150, bakar dalam 20 ke 30 minit.

Selamat mencuba @ Dapo Mami Sareema





No comments:

Post a Comment

Popia Goreng Mami

Kuih kegemaran BamDam.. POPIA GORENG 1 labu bawang besar - potong dadu 3-4 ulas bawang putih - cincang 2 batang karot - hiris halus 1 caw...