Tuesday 30 July 2019

Popia Goreng Mami

Kuih kegemaran BamDam.. POPIA GORENG 1 labu bawang besar - potong dadu 3-4 ulas bawang putih - cincang 2 batang karot - hiris halus 1 cawan sengkuang - hiris halus RM2 Taugeh secukup rasa garam & gula 1 paket kulit popia Bancuhan tepung utk gam, nak letak air saje pom boleh.. . Mula² tumiskan bawang putih & bawang besar. Masukkan karot, sengkuang dan taugeh. Perisakan secukup rasa, garam & gula. Tutup api & sejukkan sebentar. Letak inti atas kulit popia, balut gam dgn bancuhan tepung. Dah siap boleh, panaskan minyak dan goreng sampai habis.. RESEPI SOS Cili boh / Kisar Gula melaka Gula pasir Asam jawa Cuka Garam Air suam Masak cili boh/ kisar gula melaka, gula pasir, pastu masukkn air asam jawa & cuka. Kacau dan tambahkan air suam mengikut kesesuaian.. Sos siap !

Tuesday 16 July 2019

Kacang merah gaul nyiur

Lebihan kacang merah semalam kita jadikan menu Kacang merah gaul nyiur.. best jugak ni, walla. KACANG MERAH GAUL NYIUR Bahannya 1/2 kg kacang merah RM 2 kelapa parut 1 keping nissang daun pandan di simpul gula & garam secukup rasa Cara membuatnya Kacang tu rendam dulu.. lagi lama rendam lagi cepat masak.. Rebus kacang bersama daun pandan sampai empuk, masukkan nissang.. kalu suka manis tambahkan gula sikit.. garam secubit jangan lupa.. lok biar air rebusan kering, baru tutup api. Makan bersama kelapa parut yang telah di campurkan secubit garam.. (ni kacang merah size besar ye, ada jual kat mydin) Selamat mencuba.. dari dapo Mami SAREEMA with 💋

Monday 15 July 2019

Pulut Pagi

Bila dah teringin nak makan.. Pulut pagi makan Petang. Resepi Pulut Pagi Bahan² nya :- 2 cawan beras pulut, rendam 1 jam 2-3 keping nissang 1-2 sdb gula 3 helai daun pandan Kelapa parut + garam Cara membuatnya :- Ambil pengukus panaskan air.. kemudian kukus pulut.. masukkan daun pandan.. kukus selsma 15-20 minit..bila wap keluar bolehlah tutupkan api.. sementara tu ambil periuk, masukkan air & nissang.. panaskan hingga nissang cair, tutup api.. Pulut tadi masukkan ke dalam besen, camourkan nissang yang telah dicairkan tadi.. gaul hingga mesra keduanya.. Kukus semula pulut dalam5 ke10 minit. Makan dengan kelapa parut & kacang merah.. Selamat mencuba, dari dapo Mami SAREEMA

Friday 12 July 2019

Pau Gebu

Jom ngepau.. Resepi Pau Gebu 4 bahan jer : 1 kg tepung gandum 1 paket Yis (bancuh dengan air) 4 sudu besar Margerin 1 sdt garam untuk intinya, mami letak sekaya jer. cara membuatnya : 1) Campur kan tepung gandum & margerin dulu. Ramas² kan biar sekata. 2) Lepas tu masukkan sedikit demi sedikit yis yg telah dibancuh terlebih dahulu. 3) Uli sehingga doh jadi lembut & tak melekat. 4) Ambil doh dan bulat² kan besar sikit dari bola pingpong, ambil satu masukkan inti (terpulang inti apa2 pun boleh). 5) Setelah masukkan inti letakkan di atas daun pisang/ kertas/ plastik yang dipotong bentuk segiempat. Boleh terus susun atas periuk kukusan. Dah selesai masukkan semua inti dalam doh. 6) Akhir sekali, ambil sedikit doh. bulatkan mcm size guli. Dan masukkan dalam cawan berisi air biasa. 7) Bila doh yg di dalam cawan tu dah timbul, baru boleh kukus ya. (cara tunggu doh kembang ya) *penting .8) Sebelum kukus pastikan kukusan telah dipanaskan sehingga air mendidih. Kukus pau dalam 8-10min @ wap dah keluar boleh terus angkat. lnshaAllah, jadi sgt lembut & gebu serta tak kedut. Resepi Inti Kelapa: Kelapa muda yg diparut Daun pandan Gula merah Sedikit garam Air 2cawan kecil Masak atas dapur sehingga kering. Jangan terlalu berair. Nnt susah nak letak inti kelapa tu dalam doh *inti pau terpulang pada kita nak letak inti apa.. selamat mencuba @ masuk Dapo

Donut

Jom mendonut.. Resepi Donut by me Bahannya: 1 kg tepung gandum 1 paket yis 2 sd besar susu pekat 2 sd mentega @ marjerin 2 sd kecil garam 1 sd besar shortening 2 1/2 gelas anggaran saja, agak2 Caranya: 1) satukan semua bahan kecuali air. 2) masukkan air, ikut adunan setakat boleh uli.. 3) uli sampai jadi doh dan tak melekat kat tgn. 4) uli lama, tekstur jadi comey dan lebih lembut. 5) perap sekejap dalam 5 minit. 6) kemudian canai dan terap dgn acuan.. taburkan gandum di atas dulang untuk mengelak dari melekat.. 7) biarkan donut mengembang seketika sebelum goreng. .8) lepas goreng, salut dengan gula yg dikisar halus. selamat mencuba @ masuk dapo anggaran 1 kg boleh dpt 60 biji acuan besar .. 70 biji acuan kecil.. jualan frozen 11 biji rm5.00, tolak kedai rm4.00

Popia Goreng Mami

Kuih kegemaran BamDam.. POPIA GORENG 1 labu bawang besar - potong dadu 3-4 ulas bawang putih - cincang 2 batang karot - hiris halus 1 caw...